Pembahagian Air Dan Hukumnya

Pembahagian Air Dan Hukumnya

Air terbahagi kepada dua bahagian:

1. Air mutlak iaitu air murni yang tiada campuran.

2. Air Mudhof iaitu air yang telah bercampur dengan sesuatu yang lain seperti air kopi, air teh, air mawar dan sebagainya.

Air mutlak ada beberapa bahagian:

1. Air Kur iaitu air yang banyaknya berukuran panjang x lebar x tinggi =3x3x3 jengkal=27 jengkal; atau seberat lebih kurang 377kg (satu Kur).

2. Air hujan di saat turunnya.

3 Air perigi dan sejenisnya dari sumber yang tidak mengalir.

4.Air mengalir dan yang mempunyai sumber seperti air sungai.

5. Air sedikit iaitu ari mutlak yang kurang dari satu Kur.

Peringatan: Air sedikit akan menjadi najis jika terkena najis atau terkena benda yang bernajis.

Air mudhof adalah suci tetapi tidak mensucikan. Ia juga akan menjadi najis jika tersentuh benda-benda yang najis walau banyaknya melebihi satu Kur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*